ASSALAM & SELAMAT PETANG
SEMOGA U ALLS SUKSES HARI INI
Walaupun hari ini lambat berkongsi masakan..tapi sy tetap luangkan sedikit masa sekurang2-kurangnya utk 1 n3..biaselah kita hanya merancang tapi tuhan yg menentukan...kesibukan dgn kerja kadangkala menjadi punca utama blog ini tidak di update...harap u alls faham yer..
Walaupun hari ini lambat berkongsi masakan..tapi sy tetap luangkan sedikit masa sekurang2-kurangnya utk 1 n3..biaselah kita hanya merancang tapi tuhan yg menentukan...kesibukan dgn kerja kadangkala menjadi punca utama blog ini tidak di update...harap u alls faham yer..
OK..resepi kali ni sy ambil dari rumah kak ummi...sangat mudah utk menyediakannya..boleh dijadikan menu tambahan juga menu utama sesuatu hidangan...so pada sesape yg blom mencuba bolehlah tgok2 resepinya kat bawah tu yer..kalau nak pegi kat umah kak ummi pon boleh..xde masalah..
RESEPI
BAHAN-BAHAN
- 4 biji telor (sy guna 3 biji jer)
- 1 labu bawang besar - didadu
- 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil (sy guna daging burger coz ayam xde)
- 2 sudu teh rempah kari daging
- 1 tangkai cili merah - dihiris halus
- sedikit daun bawang (sy x letak coz xde jugak)
- sedikit bawang goreng
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam/daging masak. Ratakan ayam/daging dalam kuali.
- Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
- Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
- Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.