Jom Ikut Saya

14 Februari, 2012

Jawatan...PKK

ASSALAM

Cuaca cerah disinari mentari
Sana sini memulakan aktiviti
Syukur kepadaNYA ditemukan kembali
Semoga kita semua diberkati
Redha dan ikhlas dengan pembahagian yang diberi
Akan ada ganjaran yang menanti
Insyaallah bahagia dunia akhirat yang pasti..

Kepada rakan2 semua..sy pun tak pasti kat atas tu pantun ke apa..
tapi yg pasti ada sebab sy mengarang sebegitu..
tak salah rasanya sy berkongsi sedikit pengalaman ketika menghadiri majlis2 ilmu..
diharap rakan2 dapat memahami apa yg sy maksudkan..
ok..berbalik pada tajuk n3 hari ini..
semalam sebaik sampai sahaja kerumah..
aleya terus dapatkan sy & tunjukkan sehelai kertas
iaitu sijil dimana dia telah dilantik sebagai 
Penolong Ketua Darjah
Syukur & terharu sy melihat betapa terujanya dia atas perlantikan itu..
Alhamdulillah..
dulu2 ibu & ayah tak pernah pun pegang apa2 jawatan...
WATIKAH PERLANTIKAN
Bangga rasanya melihat namanya tertera disijil tersebut walapun hanya sebagai penolong.
kalau dulu2 mana ada sijil2 cenggini...bagus juga sekarang ada bagi sijil 
sekurang-kurangnya boleh membantu dia utk masa akan datang...
TAHNIAH dari ibu & ayah...
semoga aleya dapat menjalankan tugas dgn jujur,amanah & ikhlas.
Mudah-mudahan aleya akan terus berjaya hingga kemenara gading..
itulah harapan ibu & ayah..

18 ulasan:

munna berkata...

tumpang bangga dgn Aleya....

ann aziz berkata...

alhamdulillah .. smg terus bjaya

Kakzakie Purvit berkata...

Insya-Allah Aleya anak yg bijak.

Mulai sekarang dah kena sediakan fail untuk simpan sijil anak SN. Masuk dari belakang sebab boleh guna sampai besar. Kalau masuk dari depan lecah nak susun selalu. Kakak buat setiap satu anak satu fail...

Ros berkata...

Tahniah buat aleya...jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas.

Tahniah juga buat ibuayahnya aleya...

Tanpa Nama berkata...

teruskan usaha!

mama aini berkata...

tahniah..semuga aleya terus cemerlang dan berjaya kemenara gading..kim slm mama buat aleya yg comel tu..

**maaf mama baru bangun dr down..baru arini lawat sharifah..

Kak Amy berkata...

alhamdulillah moga terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua yang di ceburi...

Unknown berkata...

aleya,.. tahniah sayang...
dulu cik ayu kan..
jadi penolong kelas, penolong pengawas perpustakaan.. hingga sek menengah 5 tahun bertukut2 jadi pengawas.. cuma form 5, cik ayu jadi pen pengawas..

tapi sayang, sijil cik ayu semua tiada bt kenangan, sbb masa cik ayu usia 19 tahun.. fail dan baju cik ayu kena curi.. mmg sedih sangat2..

Sharifah Nadzarah berkata...

munna- tq munna...munna pun akan rasa mcm tu nanti..

Sharifah Nadzarah berkata...

raihazi- tq dik...

Sharifah Nadzarah berkata...

kakzakie- mudah-mudahan dizinkan allah..tq kak
setakat ni aleya dah ada 4 sijil.

Sharifah Nadzarah berkata...

ros- tq3 sgt..mudahan2han diizinkanNYA

Sharifah Nadzarah berkata...

NAJMI- SALAM KENAL & TQ!!

Sharifah Nadzarah berkata...

mama aini- tq mama..
semoga mama tabah & kuat ok..

Sharifah Nadzarah berkata...

amy- tq amy..tak sangka amy boleh dtg & komen blog sy ni...
tq again

Sharifah Nadzarah berkata...

ayu- wah ayu byknya jawatan..suke3...
tapi walaupun takde sijil ayu tetap berjaya jugak kan??
tq ayu..

Chempaka Aziz berkata...

tahniah...

bila kecik lagi dah diberi tanggungjawab,mudah2an dia dapat get use dgn tanggungjawab yang semakin mencabar kelak.

Unknown berkata...

Posting yang bagus
informasinya sangat bermanfaat. jika Anda sedang berlibur di Bandung dan mencari villa yang nyaman di alam pegunungan yang sejuk silahkan datang ke Villa Istana Bunga Lembang Bandung
informasi lengkapnya bisa dibuka di : http://vilaistanabunga.web.id

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...