Jom Ikut Saya

06 Mac, 2011

HOMEMADE PIZZA..emmmm.. berbaloi2




Inilah dia pizza hasil air tanganku...cewaahhh...emmm mmg sedappp..berbaloi2 cam celcom tu..hihihihi..ye rakan2 bloger ku..sy wat ni malam hari jumaat lepas..balik keje trus uli dohnyer..luper lak nak ambik gambo doh tu...sementara tunggu..doh naik sy wat sosnyer..oh yer..luper nak bagi tau pemilik resepi ni yek..sy amik resepi ni dari member myresipi tulip77..tq tulip77..mmg sedap resepi pizza awk ni...x rugi membuat nyer...senang sgt...dah plan nak wat lagi ni...lepas ni sy nak wat 2 keping coz doh yg sy buat ni agak tebal...tapi lembut...so klu bahagi dua sy rasa lagi elok..dapatlah yg saiz regular tu kalau beli kat pizza hut.lagi satu sy buat ni guna loyang..jap agi bila ajak  mak sy makan..mak kata pakai tudung periuk pun boleh...betul gak yek..x terpk lak sy masa tu..so lepas ni guna tudung periuk ler gamaknyer hihihihi..yg penting seeddaapppp. ok kali ni sy nak share la resipi ni...try la yer...

Untuk doh pizza

200 gm / 2 cawan tepung gandum
20 gm / 2st yis segera (sy guna satu peket yis mauripan)
3gm / 1/2 st garam
5gm / 1 st gula
10gm / 2 sb minyak sayuran/ zaitun (sy guna minyak biasa)
1/2 cawan air suam untuk menguli

Untuk sos pizza

1 labu bawang besar-cincang
2 ulas bawang putih-cincang
2 biji tomato-cincang
2sb minyak masak
3sb tomato puri
2sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano (sy x letak coz xde)

 Untuk topping

udang,sosej,gading ayam/lembu
lada benggala hijau,merah, tomato
cendawan butang, bawang besar,nenas
keju untuk pizza (sy guna mozarella & cheesdale)

Cara-cara

  1. ** Untuk doh pizza **
  2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
  1. ** Untuk sos pizza **
  2. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

 

TIPS- Jika nak bagi doh naik cepat. sebelum uli panaskan oven dalam 15 minit lepas tu tutup suis. selesai uli masukan doh dlm oven yg tengah berbahang panas...insyaallah akan cepat naik.sy dapat tips ni dari rakan bloger juga tapi tak ingat siapa maaf ye. memang menjadi..cepat jer naik.cubalah


 Ini adalah sebahagian gambar yang sy ambil masa proses nak buat pizza tu..harap bolehlah jadi panduan rakan2.







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...