Jom Ikut Saya

21 November, 2011

SEKITAR UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 1 & TAKLIMAT IBU BAPA..

ASSALAM...

Diharap u alls..sihat & ceria hari ni ye..alhamdulillah
berjumpa kita lagi minggu ni...insyaallah...
OK..sabtu lepas sy telah bercuti utk mambawa aleya menghadiri ujian diagnostik bagi pelajar tahun 1, sesi 2012 nanti...
disamping itu ibu bapa juga akan diberikan beberapa taklimat berhubung sistem pembelajaran tahun hadapan...
dimana sekolah aleya akan melaksanakan sistem baru iaitu KSSR...
melalui pemahaman sy macam agak mengelirukan..
mungkin dengar sekali imbas..
tapi mungkin cikgu akan beri penerangan lagi kemudian.
so sementara nak menunggu semua ibu bapa & pelajar hadir 
sempatlah sy snap beberap keping gambo..jom tgok.
ALEYA UMAIRAH
Bakal menempuh alam persekolah
sy pun tak tahu kenapa..
dia sengaja buat muka mcm tu..
Kesana-sini bersama kawan2nya..
tak reti dok diam...
tapi yg pasti tidak lepas dari pandangan mata sy & cik hb
Hahaha..ini bakal pelajar jugak insyaallah
Mentang2 kawasan sekolah tu luas..
wahhh aidil sukalah dia berlari2..
cik hb yg teruk kene jaga..sy mmg serender dulu..
Future student SKTD2..Insyaallah
sukenye dia dapat lepas bebas
apelah yg ditunjuknya tu..
masa ni semua dah dipanggil beratur utk ke bilk masing2..
aleya dapat bilik no.1..
sy panggil baru dia tgok...
mmg susah sket dia ni nak bergambo..
Dalam dewan..
sementara anak2 berada dibilik menjalani ujian..
ibu bapa diminta ke dewan utk taklimat...
Didalam dewan sy tak snap byk sangat coz tumpukan pada taklimat..
itu pun tak berapa nak faham sgt...
byk betul perubahan sisitem pembelajaran sekarang
ofkoslah sy akan berjumpa dgn cikgunya nanti..

OKLAH..MUDAH2AN ALEYA UMAIRAH BERJAYA

P/s: sekarang kepala pk..preparation anak2 sekolah pulak..nak jahit baju,kasut,beg, beli buku,transport..mcm2 lagilah..patutlah dolu2 org akan pening bila akhir & awal tahun sebab kos persekolahan yg byk..skrg tiba masa sy pulak.tahun ni amirah pun akan masuk tadika..harap2 semua berjalan dgn lancar.

8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak dah lalui ini semua berbelas tahun dah SN. Susahnya anak kakak semuanya pengawas, baju sekolah pagi dan petang kena jahit tak sama warna. Kalau sekolah keb. 3 helai, sekolah agama pun kena 3 juga. Tahun ini pagi baju biru muda sama tudung tapi petang baju pink kain merah. Nasib kasut hitam boleh gunakan dua-dua sekolah..

Sharifah Nadzarah berkata...

kakzakie- tu lah kak..sy ni baru nak merasai..kalau ada tips silalah beri...

miloaiskurangmanis berkata...

KSSR ni dah mula dari tahun ni - 2011

Sharifah Nadzarah berkata...

miloais- emmm sy tak pasti...coz ada tmpt bergantung pada pengurusan sekolah tersebut...ada yg dah mula ada yg belom..hihi tq

mama aini berkata...

sibuknya sharifah menguruskan ank2 kan..susah jadi ibu ni..

Jendela Hati berkata...

sy pun dh penah lalui ank sulung darjah satu, rasanya si ibu nie yg exicted lebih, risau pun ada takut dia tak dpt sesuaikan diri, tp alhamdulillah takde masalah agaknya anak pompuan...

Sharifah Nadzarah berkata...

mama aini- tu lah mama..skrg ni byk nak pk utk persediaan skolah diaorg...tq mama

Sharifah Nadzarah berkata...

jendela hati..eksited & paling byk risau dgn sistem pembelajaran skrg...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...