Jom Ikut Saya

17 November, 2011

MEE GORENG "AUNTIE SU"....

ASSALAM

SALAM 1 MALAYSIA
HAHAHA..LAIN SIKIT INTRO HARI NI...

Oklah,,dah baca tajuk??..emm..mmg nama mee ni sy gelar MEE GORENG AUNTIE SU.. kenape?? mcm ni, SU tu adalah nama kawan opis sy...& dia kalau goreng mee memang style mcm ni..tak merah or hitam..warna kuning2 gitu & tak letak apa2 sayur selain kucai...sy pun suka jugak mee dia ni..so dipendekkan citer satu hari sy bawak anak2 sy gi opis..kebetulan kawan sy ni bawak bekal mee..so dia bagi lah anak sy makan sikit..dah budak2 ni cakap sedaplah ibu..tak pedas..nanti ibu goreng mcm auntie su ni ehh..mula2 sy wat tak endah jek ckp diaorg..ntah mcm mana satu hari tu dia leh sebut wat mee goreng pastu suh wat mee goreng mcm auntie su..dah ler sy kene tanya kawan sy tu mcmane dia buat...dapatlah resepi..trus buat..alhamdulillah jadik..itu yg sy gelarkan mee ni dgn nama di atas tu..so senang ler klu anak2 nak makan mee sy akan tanye mee ape..kalau MEE GORENG AUNTIE SU.. cenggini la kejadiannya..

Disebabkan mee ni sedap ditekak sy...
so sy nak syer kan resepinya..

MEE GORENG AUNTIE SU
BAHAN-BAHAN
  1. Mee Kuning 500 gm
  2. Lada merah 1-2 batang
  3. bawang besar sebiji
  4. bawang putih 2 ulas
  5. sedikit ikan bilis
  6. daun kucai (banyak sikit)
  7. udang/sotong/fish cake (ikut suka)
  8. sos tomato 3-4 sudu besar
  9. garam & gula secukup rasa
  10. air (ikut suka nak basah lebihkan air)
  11. minyak utk menumis.
CARA-CARANYA
  1. Panaskan minyak, tumiskan lada merah+bawang besar+bwg putih+ikan bilis yg telah diblender hingga naik bau..kemudian masukkan sos tomato, air, garam, gula, udang/sotong/fishcake..kacau tunggu hingga didih..sebelum masukkan mee rasa dulu kuahnya..kalau ok dgn selera u all..trus masukkan mee gaul rata...agak2 mee dah masak baru masukkan kucai & gaul rata lagi..angkat...siap.
  2. nota sy : cara sy masak mee biasanya sy akan lebihkan air bertujuan agar mee boleh masak dgn betul (empuk atau tidak keras)...bila dah empuk baru sy akan besarkan sedikit api utk keringkan sedikit kuahnya atau sekiranya suka mee goreng basah tak payah keringkan.

2 ulasan:

munna berkata...

klua nak munna mesti suka juga mem goreng mcm ni..sebab takde sayur...

Sharifah Nadzarah berkata...

munna- emm..budak2 mana2 jer mmg tak suka sayur..tapi kwn sy tu mak budak hihihi..mmg dia goreng x letak sayur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...