Jom Ikut Saya

11 Mei, 2011

PUDING KASTARD KOKTEL


ASSALAM & SELAMAT PAGI SEMUA..
Jumpa lagi..ok kali ni sy nak N3 pencuci mulut pulak lah ye..patutnya sy N3 ni semalam tapi tak sempat pulak..PUDING KASTARD KOKTEL atau biasenya sy & family panggil puding jer..sebut jer nak buat puding gini la gayanya...sy buat ni ahad lepas..tetiba jer terasa nak makan puding..trus buat..puding ni mmg peberet keluarga belah sy..tapi bukan sebelah cik hb (termasuk lah cik hb)....maka dgn menggunakan kepakaran memikat yg ada, sy telah berjaya membuat cik hb menyukai puding ni..hingga sekarang...huhuhu

Atas dapur tengah kacau...dah nak pekat dah ni...
Sy letak dlm acuan bentuk2..xle byk sgt...tu jer yg dpt...tapi 1 hari dah abes dah..makan x hengat...suap3..abes..tambah lagi hihihi
OK ni kuahnya...kalau kuahnya pula sy masak dahulu...tapi ada sesetengah org kuahnya tak masak just guna susu cair sahaja....tapi ktorg kalau guna susu cair shj mmg x laku la puding tu...mesti nak masak dulu...
Tadaaaa....
Jom tgok resepi

Puding kastard
* 2 cawan tepung kastard
* 2 cawan santan
* 6 cawan air
* 1 cawan gula pasir (nak manis tambah lagi)- biasenya utk kastard x payah manis sgt coz kuah dah manis...
*sedikit garam.

CARA
* Campurkan semua bahan dalam periuk..kacau sebatikan dulu, kemudian rasa garam & gulanya kalau ok (rasanya mcm lemak2 manis) masak atas api sederhana..kacau sentiasa hingga didih, likat dan berkilat...angkat tuang dalam loyang, acuan dan sebagainya..( ikut suka)..sejukkan...

Kuah/Sos
* 1 tin buahan koktel
* 3 sudu besar tepung kastard (dilarutkan dgn sedikit air)
* 2 cawan gula (nak manis tambah lagi)
* 2 cawan air
* 1 tin susu cair

CARA
* Masak gula dgn air hingga larut..masukkan buahan koktel berserta airnya sekali kemudian masukkan susu cair..kacau hingga agak2 nak mendidih jgn sampai meruap kemudian masukkan tepung kastad yg telah dilarutkan tadi..kacau lagi...hingga agak2 mendidih..tutup api...sejukkan

Info
* Adunan puding & kuah mestilah dikacau sentiasa ketika masak.Dikuatiri kastad akan hangus dibahagian bawah & kuah pula akan meruap dan akan jadi tak cantik..
* utk kuah boleh ditambah gula lagi jika kurang manis ( terpulang selera masing2 ) tapi sukatan sy ni manis2 buah..
* tepung kastad yg diletak dlm kuah bertujuan utk memekatkan sedikit kuah...(kalau x nak pekat tak payah letak)
* Sukatan & cara diatas sy pelajari dari mak sy...jika ada kekurangan harap maaf.Selamat mencuba..






Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...