Jom Ikut Saya

15 Julai, 2011

NASI SERAI HUJAN PANAS di malam hari...ala Sweet Memories..

ASSALAM SEMUA
OK lah..seperti yang dijanjikan pada N3 disini, utk yang pertama sy n3 resepi nasi dululah yek..tapi sblom tu nak citer sket..resepi asalnya sy amik di myresipi dan namanya pula hanya nasi serai sahaja..oleh kerana sy ni suka menderhaka (kat resepi jer tau)..maka sy telah renjis2kan nasi tu dgn 3 pewarna..mcm buat nasi hujan panas tu..lepas tu sy masak ni utk dinner so terciptalah nama seperti tajuk diatas yg panjang lebar tu...saje bagi kelainan kikiki.
pasal nasi serai ni plak..hasilnya mmg sedap..senang..tak rugi pada sesape yg mencuba..nasi ni sebenonya tak guna pewarna..kecuali diwarnakan (mcm sy buat)..keistimewaan nasi ni ialah aroma serainya yg menusuk jiwa & raga..menikam kalbu..aduhh...nak tau cuba yer..

sy guna beras biase jer..so tak le nampak pjg2..

NASI SERAI HUJAN PANAS ALA SWEET MEMORIES (cewahh ada brand sendiri kikiki)

Bahan-bahan

  • 4-5 cawan beras biasa
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 Batang Serai
  • 1-2 sudu Besar marjerin
  • Air untuk menanak nasi (ikut sukatan mcm masak nasi biase)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk/mayang bawang putih, bawang besar, halia
  2. Titikkan serai
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
  4. Tumis dahulu jintan kasar
  5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa (sy lepas tumis tu trus masuk dlm rice cooker..kikiki)
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...
  8.  utk letak pewarna..bila nasi dah kering (jgn kering sgt)..ambil satu persatu pewarna renjis2kan kat atas nasi tu..pastu tutup dulu periuk..agal dlm 10 minit buka tutup..gaul2kan/kaup balikkan nasi bagi warna tu serata & bercampur2 (kalau guna beras basmathi jgn digaul byk kali takut berasnya patah pulak..nnti tak nampak pjg2..hehe) ..bila dah kaup balikkan nasi tu..tutp semula periuk buat lubang2 utk wap & tunggu hingga masak. selamat mencuba.

6 ulasan:

intanrh berkata...

salam ziarah, suka tgk blog masak2 ni :)

Sharifah Nadzarah berkata...

sis intan- tq sudi ziarah...blog biase2 jer..ada yg lebih amatur dari sy.tq3...

Afikah Aziz berkata...

ehehe nnt nk try buat,terima kasih kak :p

mama aini berkata...

ha2x...mama nak cuba resepi yg buat mama terliur ni!!..hu2x..Thanks sharifah !!..

Sharifah Nadzarah berkata...

afikah- sila2..dah jadik nnti n3 yer

Sharifah Nadzarah berkata...

mama aini- hihi ok2 mama nnti dah jadik n3 ok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...