ASSALAM
Salam di pagi rabu yang indah..
semoga memberi rahmat utk kita semua.
AMIN..
OK..kali ni sy nak share satu kejadian yang berlaku pada sebelah petang hari ahad lepas selepas hujan turun.
Kereta jiran sebaris rumah sy telah dihempap pokok ketika melalui jalan utk keluar dari salah sebuah simpang. Kesian kat cik razak..tapi alhamdulillah..cik razak tidak cedera teruk, cuma luka sikit akibat terkena kaca. Walaupun keretanya tidak semahal atau semewah keta org lain tapi itulah kenderaan yg digunakan utk pergi kerja, mengambil & menghantar anak ke tuisyen, juga berjalan2..cubalah anda bayangkan jika kejadian ini menimpa diri kita..simpati dari sy utk keluarga cik razak.
Menurut citer2 org,
penduduk yg duduk berdekatan telah buat repot kat MBJB tentang pokok ni,
tapi blom ada tindakan..
hingga menyebabkan kerosakan & kerugian harta benda.
Baju biru tu lah cik razak..owner kereta ni...kesian kat dia..
tapi orangnya cool jer..xdelah nak marah2 or naik hangin.
Parking btul2 depan umah sy coz mmg depan ni ada tanah lapang utk parking kereta.
22 ulasan:
dugaan..
semoga kereta tu dapat dibaiki dan dicover dengan insurans..simpati jugak
cik hani
ye lah cik hani..dugaan tu kan??
tq dtg
majlis tempatan selalu macam tu, pokok depan rumah Chik Na ni pun berapa kali dah minta tlg buat maintenance tapi sampai ke sudah tak buat..last Chik Na n jiran upah org tebang..yang geram lagi.. dah minta MPSJ tolong dtg pungut kayu-kyan tu tapi sampai hari ni kayu kayan tu masih belum dipungut walaupun dah berbulan-bulan lamanya.. 2 hari lepas, hubby call lagi suruh pungut kayu tu, depa jawab bagi lagi seminggu.... hati dah mendidih nih
tumpang simpati..semoga tabah dgn dugaan ini.....
Ya ALLAH, keciannya....
tak sangka boleh jadi mcm tu..
nasib jiran awak tu tak ape2...
simpati kat En.Razak ni...org yg mempunyai hanya sebuah kereta,memang ada masalah sbb kejadian ini...semuga beliau tabah ngan ujian begini..hu2x..
Malang memang tidak berbau...syukur en.Razak cuma mengalami sedikit kecederaan...tapi kesian ngan musibah yang menimpa...pada pihak yg bertanggungjawab...perihatinlah...
Kalau SN perhati banyak pokok di Taman Daya yg dah tua-tua. Last year pun ada satu pokok juga rekah di jalan utama berhampiran sekolah dekat traffic light. Kakak tersekat masa tu jem....
chik na - tak tau lah nak ckp psl majlis tempatan ni..pe2 pun tq dtg
mankicap- tq3..
ikatankasihku- tu lah kesian kan...alhamdulillah orgnya x apa2..tq dtg
mama aini- tq mama..tapi nasib baik dia ada motor..
cik cek- btul3..syukur tuannya x apa2. tq dtg
kakzakie- mmg btul tu kak..tmn daya mmg byk pokok dah tua..
nak wat camner..yg berwajib pon wat tak tau jer..
tq kak dtg
malang tak berbau.. apapun alhamdulillah kerana tuannya selamat.
syimama- syukur2..tq dtg
Ayu duduk taman daya tahun 96-98..
mmg masa tu pokok2 banyak tinggi..
niekan pula era 2011...
peeh...
kasihan en razak
kak pernah alami mcm ni sejengkal lagi pokok nak kena kereta dan rumah..masa tu ribut besar di PORT dickson..bunyi mcm boom bila pokok gergasi tu tumbang.. pas tu baru depa nak tebang habis semua pokok2kelapa yg lain.. bila kak nmpk pokok besar kak pasti traumaaa..masa tu kak sorg kat dlm umah..gigil semua badan..alhmdllah tak kena..kesian en tuuu..patut minta ganti rugi kat pihak bertgjwb..huhuu
simpati...
dugaan....insyaAllah ada perkara lain yg baik menanti di hadapan...mungkin ini ujian kesabaran buatnya..
salam kenai
Jom join GA Deqlis.. Timaceh
citarasa rinduan-
oh ye ker..sy pulak duk tmn daya sejak 1992 sampai skrg ni..
tq dtg
ilahjy-
btul lah kak..sy yg x kene ni pon mcm gigil jer tgok..inikan pulak tuan punya badan...syukur akak x ape2 ekk.
tq dtg
deqlis-
salam kenal..dari sy juga
ye lah mungkin dugaan tu..nak tgok tahap mana kesabaran umatnya..
tq dtg
Catat Ulasan