Jom Ikut Saya

13 Disember, 2011

Disebalik tarikh hari ini....


ASSALAM

13/12/2011
Pada tarikh ini genap pemergian arwah abah yg ke-2 mengikut kalendar biasa..
Bulan Zulhijjah jika mengikut kalendar islam
Semalam gembira hari ini berduka..& esok?.....jawapannya pada n3 esok
itulah realiti yang harus sy tempuhi pada ketika itu...
harus menerima takdir yg telah tersurat...
setiap yang hidup pasti akan merasai mati....tapi kenapa?..mengapa? 
pada tarikh & bulan ini?
pada ketika itu sy seolah2 tak boleh menerima takdir ini...hingga
suatu ketika sy perlu redha dgn pemergiannya...

ABAH..seorang yang garang..
ABAH..tegas mendidik anak2..
ABAH..seorang yg kuat semangat hingga hujung nyawanya.. 
ABAH..seorang yg pemurah..
ABAH..suka bergurau & berjenaka..
ABAH..tak suka menyusahkan anak2nya..
ABAH..sentiasa mahu anak2nya hidup senang..

Kami adik beradik mmg takut dgn ABAH..tapi kami tak pernah menjauh diri..malah ianya lebih merapatkan kami..segala kata2 ABAH adalah kebaikan utk kami...semua kata2 ABAH adalah penentu masa depan kami hingga kini kami semua adik beradik menjadi manusia oleh didikan tegas ABAH...Mulut ABAH seolah2 MASIN..apa yg diucapkan pasti akan berlaku...tapi itu semua utk bekalan masa depan kami...syukur kerana ABAH telah mendidik kami hingga jadi seperti sekarang ini..tapi...
 Itu semua kenangan yg telah berlalu...yg tak akan sy padamkan hingga akhir hayat sy... insyaallah...

ABAH pergi pada tarikh hari ini..dalam bulan Disember...dua minggu selepas umat islam meraikan Hari Raya AidilAdha...ABAH dimasukkan ke wad pada malam hari raya pertama..2 minggu di HSA ABAH disuruh bawa balik kerana tiada apa lagi yg boleh pihak HSA lakukan hanya berserah pada takdir... walaubagaimanapun kami adik beradik bercadang utk melakukan rawatan alternatif tapi ALLAH lebih sayangkan ABAH..semalam sahaja dapat merasai tidur di rumah ABAH telah dimasukkan ke hospital semula esoknya tapi kali ini HSI..ABAH koma dari saat dia dibawa ambulan hingga hujung nyawanya....segala bantuan pernafasan telah dilakukan tapi ALLAH lebih sayang kan ABAH....tepat jam 10.41 malam hari Ahad malam Isnin ABAH pergi utk selama2nya...meninggalkan isteri..anak2..dan cucu2nya yg disayangi...Alhamdulillah walaupun kami tak dapat berinteraksi dgn ABAH pada ketika itu tapi kami semua  dapat menatap saat2 akhir hayatnya...

Untuk pengetahuan semua ABAH sy bertarung dgn penyakit 
KANSER HATI tahap akhir..
penyakitnya hanya dapat disahkan kanser 3 bulan sebelum ABAH dijemput ILLAHI..

Itulah serba sedikit kenangan sy mengenai ABAH & Disebalik tarikh hari ini..

Banyak lagi kenangan kami...tapi membuat N3 ini sahaja telah membuatkan sy bercucuran airmata... semoga u alls faham...

ALFATIHAH

Almarhum 
Al Walid Habib Mohsin bin Hussin bin Thahir bin Ali Al Habsyi.



12 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Khususan ila ruhi Al Walid Habib Mohsin bin Hussin bin Thahir bin Ali Al Habsyi. Al-fatihah....

atuk berkata...

Assalamualaikum Sharifah

Al fatihah
moga kuburnya diteranggi dengan cahaya Syurga

Wassalam

Qhaifa Nur berkata...

al fatihah...
moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

Sharifah Nadzarah berkata...

kakzakie- amin3...tq kak

Sharifah Nadzarah berkata...

atuk- wasalam

amin3...tq

Sharifah Nadzarah berkata...

qhaifa nur- amin3 tq

MulutPayau berkata...

Al-Fatihah...semoga ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...

mama aini berkata...

Al-Fatihah..semuga almarhum ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

Sharifah Nadzarah berkata...

MP- AMIN3...TQ3

Sharifah Nadzarah berkata...

MAMA AINI- AMIN3...TQ MAMA..

KOALAJEPONG berkata...

askum...semoga awk tabah menghadapi semua ujian drpdNYA...al-fatihah dr saya...

Hari lahir sy juga pd bln 12...jatuh pd 15hb...

Sharifah Nadzarah berkata...

koalajepong- amin3..tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...