Jom Ikut Saya

18 Oktober, 2011

AGAR-AGAR KASTARD

ASSALAM

SELAMAT PETANG.
Hari ni sy agak sibuk sedikit..
inipun mencelah untuk hilangkan rasa mengantuk buat keje...
ok.. citer pasal agar-agar kastard ni sy amik resepinya disini
dah lama jugak..
masa dok cari resepi haritu terjumpa terus buat utk majlis disini
dan hari ni baru sy dapat syer resepinya
terima kasih pada empunya resepi
anak sy puji..sedap dia kata agar2 ni.
 nampaknya kene buat lagilah..hihi
ok jom tgok gambo & resepi ye..



percikan warna sy tak berapa cantiklah...

Bahan-Bahan:
  • 1 pack agar-agar
  • 6 cawan air ( untuk masak agar - agar )
  • 12 sudu makan gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh pewarna merah )
  • 1 sudu teh pewarna hijau ) untuk hiasan
  • sedikit coklat cair
Cara-caranya :
  1. Masak agar-agar bersama gula sampai mendidih dan semuanya larut
  2. Masukkan tepung kastard , kuning telur dan susu cair dalam agar-agar tadi....kacau selama 5 minit hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih matikan api dan tuang ke dalam loyang... setelah itu percikkan pewarna ikut kreativiti sendiri.
  4. Biarkan sejuk dan sedia untuk di makan

3 ulasan:

Unknown berkata...

hmm...sedapnya nampak..kalau buat anak2 mst suka..

azian berkata...

nampak mcm senang tapi ....malasnyaaaa...huhuhu

miloaiskurangmanis berkata...

iols copy ye resepi puding ni
my kids suka makan puding
dan iols suka juga buat
sbb senang
hik hik hik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...