Jom Ikut Saya

11 Oktober, 2011

Nasi Ayam Goreng... sedapppp..... mesti cuba!!

ASSALAM
Dah tengahari pun..sesuailah dgn n3 ni..hari ni sy hidangkan nasik utk u alls ye...tapi utk tatapan jer..bukan santapan kikiki..
OKlah..NASI AYAM GORENG...kalau dengar namanya mesti semua ingat nasi tu digoreng macam order kat kedai2 makan tu..tapi sebenonya yg ni lain....mula sy tgok nama nasik ni di n3 MAMASYA...trus la klik.ingatkan nasi goreng biasa tu rupanya lain..pastu teruja la nak buat..coz tengok gambar mcm sedap & senang jer..dan akhirnya jadik juga...alhamdulillah..mmg sedap nasik ni...u alls mesti cuba tau... Kalau n3 mamasya letak tajuk "NASI AYAM GORENG..MESTI CUBA" sy pulak tambah sikit "NASI AYAM GORENG..SEDAP.. MESTI CUBA"...hihi
TIMAKASIH tak terhingga kat tuan punya resepi asal & mamasya serta kwn2 yg lain sebab kongsikan resepi yg sedap ni. lepas ni mesti sy buat lagi. hihihi
oklah kepada mamasya izinkan sy cnp & kongsikan disini pula ya.
NASI AYAM GORENG
DALAM PERIUK BARU MASAK
POSING LAGI..
Kejadian nasi ni sgt cantik..
berderai tak keras tak lembik walaupun sy guna beras biasa.
SUP AYAM SIMPLE
Dah nama nasi ayam so sy padankan dgn sup utk anak2.
DALCA SAYUR
Untuk org dewasa (sy & cik hb) sy padankan dgn dalca sayur ni.
KUAH LADA NASI AYAM
Sy buat juga kuah lada ni..mcm makan nasi ayam biasa tu..
tapi tak ikut resepi mamasya..resepi sendiri
Menu sy sekeluarga ahad lepas...
 Jemput makan

Nasi Ayam Goreng

Sumber utama; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan
Resepi asal Tummy@ 3hungrytummies
Sumber Kedua; Yati@Sinar Kehidupanku
Sumber Ketiga : Mamasya

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya- ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (sy guna beras biasa je-faiza emas)
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya;(sy ikut nota mamasya ni)

Mama campur minyak sapi dgn minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.(sy guna rice cooker jer...bila dah masak baru letak aluminium foil agar wap tak kluar)


nota Sweet Memories : MESTI CUBA!!!!

12 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
BEST NAMPAKNYA ! MASAKLAH LEBIH2 SIKIT ! KEMUDIAN JEMPUTLAH RAKAN BLOGGER NI !

Mamasya berkata...

Assalammualaikum Sharifah..

Dah jadipun nasi ayam goreng Sharifah..siap dalca lagi ...sedapkan.tu yg akak promot mesti cuba sbb mmg sedap...anak2 akakpun cukup suka nasi ni.bahan2nya mudah....boleh buat lagi...

azian berkata...

hamboi2....hehehheh...nasi ayam senang je kan buat...sy pun suka buat nasi ayam ni....tapi yg sharifah buat ni nampak mantopppp.heheheh

Sharifah Nadzarah berkata...

LF- JIKA DIIZINKAN TUHAN..BERSUALAH KITA SEMUA..HIHIHI

Sharifah Nadzarah berkata...

MAMASYA- WA'SLM MAMA..YELAH MMG SEDAP & SENANG...TQVM SESGT KAT MAMA & YG LAIN2...

Sharifah Nadzarah berkata...

AZIAN- MANTOP HUHUHU..YAN NASI NI LAIN SKET ADA MCM NASIK MINYAK PUN YE JUGAK...TRAY LA YE...

Sue @ Nenie berkata...

Salam..Saya pun ada simpan resipi ni dari sana...memang teruja nak wat nya...tapi sampai sekarang still dalam Q lagi....He he he he alasan orang yang kekurangan vit-R

Syimama berkata...

salam. mengancamnya nasi tu.. tunggu....

mama aini berkata...

nampak sedap..nanti mama ambil resepi ni..he2x..

Sharifah Nadzarah berkata...

sue @ nenie- kalu dah ada pas ni mesti cuba tau...hihi tq

Sharifah Nadzarah berkata...

syimama- emm mmg mengancam selera...cuba ya

Sharifah Nadzarah berkata...

mama aini- mmg sedap mama..sila2 amik resepi...pastu buat pastu n3 ye mama...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...